JellyPages.com
(^,^) Welcome to norikolieynn blog (^,^)Welcome to norikolieynn blog (^,^) Welcome to norikolieynn blog (^,^)

Wednesday, 8 August 2012

~ runsing ~

8/8/2012

kehadiran seorang kawan yang x jemu menemaiku study, alangkah terharunya bila dia sanggup menahan mengantuk walhal ianya akan menyusahkan dirinya. mungkin dia mahu menjadi rakan yang ada saat aku perlukan. walaupun dia selalu call di saat aku study, kehadirannya tak menggangu aku. sebelum ku terlupa, namanya SALLEH ANUAR.

pada 6/8/2012 adalah hari pertama dia call aku sebanyak 5 kali, lebih kurang pukul 5 pagi aku mengakhiri perbualan kami kerna aku tahu dia terlalu mengantuk melayan karenah aku yang bukan2 niey. kecian dia.!! sesudah aku study, pandangan ku terus terpaku pada jam lonceng yang menunjukkan jam 6.30 pagi. waktu untuk aku bersiap sedia untuk mempersiapkan diri untuk hadir ke kuliah. mungkin terlalu awal untuk aku ke kolej, niey adalah salah satu tabiat aku yang takut lewat hadir ke kelas. haha!!!

sesudah tiba ke kolej yang x berapa semegah niey, aku meneruskan perjalanan ku ke rumah Zetty untuk memastikan dia juga ke kelas. belum sempat nak keluar dari lif, Zetty dan rakan seperjuangannya tercegat dihadapanku. nasib baiklah aku tak sakit jantung, lemah juga semangat aku di buatnya. !! ketika itu, keadaan aku agak kurang baik kerna kesihatanku tak berpihak padaku.. almaklumlah demam katakan, datang bulan. standard ar tuh kan.. 

setiba sahaja aku di depan kelas, aku agak resah kerna kepalaku sakit secara tiba2. mungkin kesan daripada  demam yang aku alami sehingga kini. walaubagaimanapun, aku tak menghiraukan keadaan ku ini. sementara menunggu Encik Fahmi datang, aku mundar-mandir takut pengsan pulak kalau aku terdiri diam jew.. sesudah masuk ke kelas, seperti biasa aku memang duduk di barisan hadapan sekali. sambil2 control sakit kepala, tiba2 Encik Fahmi melenting kerna salah seorang daripada kami didapati memakai selipar. macam mana dia tak mengamuk. terkedu aku depan dia bila beliau melenting sampai ke telinga aku niey.

hari itu kami belajar chapter 5 yang bertajuk "SYSTEMWIDE RESERVATION". tajuk yang agak mencabar jugalah, sebab aku study pown macam nak pecah kepala. nasib baiklah aku leh kawal emosi aku yang sedang datang bulan katakan. haha!!.. tapi yang kesiannya aku dekat kawan aku tuh , dia kena balik tukar kasut sebab Encik Fahmi memang x suka student dia pakai SELIPAR. nak x nak, dia baliklah. sambil2 mendengar Encik Fahmi membebel  untuk menerangkan kesimpulan chapter tersebut, perhatianku di ganggu salah seorang daripada kami yang agak tak boleh duduk diam agaknya. 

kelas Encik Fahmi berakhir pada pukul 9.20 pagi. sementara menunggu kelas yang seterusnya pada pukul 11.50 pagi, aku , Zetty, Killa dan Zab balik ke rumah untuk menukar pakaian kecuali aku.almaklumlah, mana ad masa aku nak alik rumah semula semata-mata nak tukar pakaian sahaja. aku lepak rumah Zetty sambil2 study subjek "RESTAURANT OPERATION SYSTEM". ketika aku study, Killa & Zetty dibuai mimpi indah sebab tak ada mood nak study katakan. aku pula tak reti nak tidur padahal malam tadi aku tak tidur pown...!!! 

setelah tamat aku ulangkaji, aku terus siap sedia nak ke kelas begitu juga Zetty & Kila. gementar pown ada sebenarnya sebab aku bukanlah ingat sepenuhnya kerna menurut nota yang aku baca, boleh guna logik akal. miss Ira datang awal pula ke kelas hari niey, menambahkan lagi perasaan gementar aku tadi.nasib baik miss Ira nampak kegugupan aku tuh, beliau sempat tegur supaya kawal perasaan tuh,aku hanya mampu tersenyum. dengan tenang aku menjawab dengan baik. selesai sahaja aku menjawab, aku terus memberikan jawapan aku dekat miss takut budak2 niey tiru.


setiba sahaja di rumah, belum sempat aku rebahkan diriku ke katil mak call. lalu aku menjawab,ini adalah perbualan kami.

Mak : acik dekat mana tuh?
Aku : baru jew sampai rumah mak, kenapa yew?
Mak : x adalah, saja. kenapa suara kau serak2 basah niey, x sihat kew?
Aku : a'ah. demam pula time period niey. mak, acik nak cakap something leh x?
Mak : apa dia? dah makan ubat x?
Aku : bertuahlah acik niey makan ubatkan.sebenarnya,duit rumah x cukuplah mak, izan x alik rumah lagi.. macam ne? x kan acik kena bayar semua.matilah..!! duit dalam tangan pown boleh bertahan sampai alik jb t..
Mak : mak dah agak da, izan tuh kenapa? dah lepas tangan kew? kalau mak depan dia, mak tegur . ko x tegur dia kew? dia dekat mana? ad kt umh x? 
Aku :x ad,dia dekat rawang lah.. ikot balak dia keje kedai makan.kata dialah. mak leh x acik pinjam duit mak, t acik ganti guna duit bahagian acik t.. 
Mak : mak bukan x nak tolong,tapi mak nak simpan duit gak. tengoklah t macam ne. kalau abah tahu,teruk ko kena marah t.
Aku :jangan bg tau abah lah.. acik nak rehatlah mak sakit kepala niey.
Mak : esok mak bank in kan. ko tuh bawaklah pgi makan. x makan pgi tdi kan? risau pula mak dekat sini.
Aku : t lah acik makan.. x ad mood lah.
Mak : ok,jangan lupa makan yew.. assalamualaikum.
Aku :waalaikummussalam.

selesai jew perbualan kami, aku terus tidur nak lelapkan mata sebab tak tahan sakit kepala sehinggalah senja baru aku bangkit. tanpa melengahkan masa, aku terus ke bilik air untuk mandi. bagi diri segar sikit. macam biasa perut wah hal minta makanan katakan, aku mula masak "ayam masak kicap","ayam goreng", "sambal tumbuk" dan nasi. selesai makan, aku berehat smbil mengadap lappy ku niey...dengan ini ku akhiri ceritaku ini dengan wasalam.

No comments:

Post a Comment