19/8/2012
hari yang di tunggu setiap orang, persiapan kami menyambut hari raya amat bermakna dalam hidupku. tahun niey terlalu meriah sekali menyambut perayaan niey.. meskipun hati x terlalu meriah tetapi bila disamping kuarga tersayang akan menceriakan suasana sekeliling.
tahun niey mood nak bergambar mungkin kurang tapi mood buat kuih agak lancar. hihihihiii... kengkadang hidup kita niey hendaklah di teruskan walaupun tanpa orang tersayang. alangkah gembiranya aku bila adik beradik ramai menghiburkan hati seorang BAPA & MAMA. sejujurnya, dengan hadirnya senyuman yang diukir oleh orang tuanya telah mengubati hati yang terluka niey..
aku bersyukur kerna ALLAH masih memberikan aku kesempatan menatap wajah orang tuaku. kini usia bapaku adalah 64 tahun manakala ibuku adalah 58 tahun. usia yang terlalu lama hidup dalm dunia yang uzur niey..
pengorbanannya terlalu tinggi kerna tanpa mereka tiadalah aku sekarang. sesungguhnya dengan pengorbanan ibuku yang sarat melahirkan ku telah mengajarku bahwa aku hendaklah berbakti dengan mereka selagi mereka masih ada. di samping itu, kehadiran adik- beradik yang sanggup kongsi pengalaman , kasih sayang mereka dengan ku telah menghiburkan suasana rumah yang selama niey aku mahukan. dibawah niey adalah ahli kuarga yang telah dibina oleh adik beradik selama niey..
inilah gambar adik beradik aku yang selama niey, semua dah berkeluarga kecuali aku. al maklumlah aku belum dapat seru lagi. nak wat macam ne kan, sabar je lah..!! bila kita tengok pic mereka ,rasa macam teringin pown ada. niey adalah kuarga besar aku. belum masuk sepupu @ sedara niey .. menurut ahli keluarga mengikut adik beradik mak & abah , pangkat sebenar aku adalah nek moyang. alangkah terkedunya bila someone panggil aku nek muda. haha.. kelakar pown ad bila kenangkan kenangan tuh. adik beradik seramai 6 orang termasuk aku, cuma 5 orang sudah mendirikan rumah tangga. anak buah serami 19 orang tetapi simpan 1 orang kerna terlibat dalam kemalangan yang tradius pada 10/6/2008. malangnya gambar kak uteh x dapat aku paparkan kerna masih belumku temui gambar ahli keluarganya. anak2 yew ad 7 orang, pape pown pic yew akan ku usahakan cari untuk dikongsikan disini.
aku memperkenalkan 1 per 1 siapa mereka niey. gambar yang terdapat di atas niey adalah abang sulungku yang telah mendirikan rumah tanggganya dengan kak long selama 16 tahun. mereka telah dikurniakan anak seramai 3 orang iaitu aina (15 tahun) dayah (11 tahun) dan amat (6 tahun). tema mereka pada tahun niey aku sendiri x pasti kerna bak kata kak long," abang ko niey mengada2 x nak sama ngan anak2". nak wat macam ne kan, dapat abang pown macam gangster jew..
manakala niey pula, kak ngah yang telah mendirikan rumah tangga pada usianya 20 tahun dan dikurniakan 4 cahaya mata tetapi anak bongsunya telah kembali rahmatullah pada 10/8/2008. sebelum terlupa juga, beliau telah kehilangan suaminya pada 17/7/2007 kerna pelbagai penyakit yang telah dihadapi oleh arwah abang ipar. nama anak angah mengikut turutan termasuk arwah adalah ieyra (20 tahun) syafiq (17 tahun) syafiz (12 tahun) arwah syafwal ( 10 tahun). ieyra adalah anak ponakan ku yang seusia ku, perbezaan antara kami adalah dari segi bulan kelahiran iaitu aku pada bulan mac manakala ieyra pada bulan ogos.
di samping itu, niey adalah abang uda dan sekeluarga. beliau telah mendirikan rumah tangga dalam lingkungan 21 tahun bersama pasangannya dan mendapat rezeki anak seramai 3 orang iaitu aiyshah (17 tahun) badrul (14 tahun) syaziq (5 tahun). perwatakan beliau terlalu serius orangnya, garang seperti abah muda2 dulu.
walaubagaimanapun, akhirnya dapat juga aku cari gambar kak uteh niey.beliau telah dikurniakan 6-7 orang anak dengan pasangannya. jangan terkejut pula, kak uteh kahwin sebanyak 4 kali dengan bekas suaminya,setiap bekas mendapat 2 cahaya mata. niey adalah suami ke 4 dan dikurniakan 2 orang anak.oleh itu untuk mengetahui secara lanjut, anak sulungnya saiful (19 tahun) nurul (17 tahun) - suami pertama. suami ke 2 x dapat dikenalpasti nama anaknya kerna sudah lama x bersua semasa usiaku 7 tahun. suami ke 3 tiada rezeki kerna kak uteh mengalami pendarahan teruk ketika mengalami keguguran anak kembarnya. kini 2 orang yang di dukung pasangan suami isteri niey. sebelum terlupa, kak uteh mendirikan rumah tangga pada usianya 18 tahun.
yang terakhir niey adalah kak lia yang telah mendirikan rumah tangga pada usianya 24 tahun bersama pasangannya serta dikurniakan zuriat seramai 2 orang. anak sulungnya ialah aqim (7 tahun) shasha (5 tahun).
manakala gambar aku bersama anak buah ku yang asyik berposing saja. apakan daya, dah tuh tabiat kami selama niey, nak wat macam ne kan..!!! papepown niey adalah hasil yang dapat ku kongsikan bersama kawan2. sebenarnya niey gambar cari raya pertama sampai raya ke enam. banyak lagi gambar yang kami ambil,tapi akan di sambung new post lah sebab x larat nak taip banyak2... huhuhu... perwatakan kami terlalu meriahkan keadaan kerna dengan hadirnya mereka suasana HARI RAYA x semeriah niey. dengan keadaan yang agak kurang sihat ketika itu, aku mampu mengukirkan senyuman untuk menyedapkan pandangan mereka.
selebihnya x dapat ku paparkan kerna terdapat masalah kritikal untuk download secara keseluruhannya. terdapat pelbagai watak perwatakan dalam gambar di atas, semua membuat memek muka yang menghiburkan hati. gelak ketawa yang dilemparkan telah membuatkan aku sentiasa gembira. walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya. setiap kali kenangan datang kembali, ianya akan menyakitkan hati dengan hadirnya mereka telah menyebabkan aku buang perasaan sedih sejauh-jauhnya.
bersyukurnya aku ke hadrat ILAHI kerna masih mmberi pinjam nyawa niey untuk meneruskan perjalanan hidupku, meskipun ianya x pasti bila di ambil untuk diberikan. sesungguhnya hati ku terlalu gembira kerna semakin meningkat usia anak ponakan ku yang akan memikul beban & tanggungjawab yang besar untuk membalas jasa ibubapa mereka dengan jayanya. AMIN.
mungkin semua orang tertanya-tanya kenapa aku termenung ketika niey, sebenarnya aku memerhatikan permandangan di kawasan rumah niey. huhu.. x sangka pulak si nurul take picture aku..!! pape pown SEMPOI...!!! niey baju raya tahun lepas, masih boleh digunakan so aku gunalah untuk tahun niey..!! lip-lap pulak aku tahun niey... macam baju tunang jew kan.. haha..!!!! kengkadang kita kenalah bergaya sekali sekala sementara leh bergaya.. tui x? huhu...
niey lagilah... mau x gelabah aku nk kontrol kaku... kalau diperhatikan betui2, aku sebenarnya tengah pucat.. x caya zoom in la pic niey...!! aku x sihat sebab penyakit niey datang secara melulu. nak wat macam ne kan, x sihat..!!! walaupun sakit macam mana pown, ianya bukanlah halangan untuk aku hiburkan tetamu-tetamu yang hadir ke rumah terbuka kak ngah. almaklumlah RENIUN 1971 EX SMKBM telah memeriahakn suasana hari raya yang ke 6 pada hari jumaat pukul 3-11 malam. pada masa itu, aku x sempat nak berpakaian baju kurung kerna aku duduk dapur tolong kakak ku menyediakan jamuan untuk tetamu.
oleh itu, sampai disini saja pengalaman hari raya yang hendak ku kongsikan dengan u all. walaubagaimanapun, HARI RAYA tahun niey agak meriah kerna aku sempat buat kuih bersama kakak & ibuku yang tercinta. dengan ini, ku menyusun 10 jari untuk memohon ampun kepada kawan2 yang pernah terasa dengan kenakalan yang telah aku lakukan, halalkan makan minum aku selama niey,dan anggaplah setiap kesilapan yang telah berlaku mesti ada hikmahnya kerna sehingga kini, kita semua masih berhubung walaupun sudah berjauhan.pada kawan2 yang kenali diri niey, semoga hari raya akan datang akan lebih bermakna untuk kamu semua.. AMIN...