JellyPages.com
(^,^) Welcome to norikolieynn blog (^,^)Welcome to norikolieynn blog (^,^) Welcome to norikolieynn blog (^,^)

Tuesday 17 July 2012

# naluri #

cinta,
mengertilah disaat kehilangan cinta,
tak mudah tersenyum dan ketawa,
kerna kita sendiri tak tahu bila cinta pergi tanpa
kerelaan kita,
disaat cinta itu hilang,
hampa yang ada tak mampu menemami dikau
dalam kehangatan,
cinta sukar diungkapkan dengan kata-kata
cinta ada di dalam jiwa.
renungkanlah,
cinta tak pernah berakhir,
cinta juga tak berujung,
sampai menemukan cinta baru,
tapi bila?
tak guna mengharap kan cinta palsu,
terlalu sukar mencari cinta,
janganlah membebankan diriku
dengan kepura-pura....

kenangan kisah kasih,cinta,sedih & kecewa,

kisah ini amat bermakna,
bila terkenang kisah lama,
kisah yang bermula dengan kasih,
kasih yang hadir mewarnai setiap sudut,
kehadiran kasih yang menerawang ke tempat lain.
buntu memikirkan sesuatu yang menimpa diri,
kasih takkan pergi dengan sendirinya,
dari jauh cinta memerhatikan gelagat kasih yang diberi,
tanpa kasih tiada makna kehadiran cinta,
bila menimpa masalah,
bagai di rundang duka,
muncullah kelibat kekecewaan.
kecewa tlah mengeruhkan sikap kasih yang ada,
walaupun kecewa meminati kasih,
cinta masih berpegang dengan pendiriannya,
pada masa yang sama,
sedih jua meminati cinta,
kompliks ini amat merunsingkan,
tak mungkin kasih mengkhianati sedih,
sedih adalah sahabat kasih,
jika kasih terima cinta,
kemungkinan besar kecewa seringkali 
mengganggu  hubungan kasih & cinta,
disamping itu,
sedih jua melanda kesedihan kerna
cinta dimiliki kasih.
walaupun cinta diluahkan 
kepada kasih,
kasih masih menolak hasrat cinta,
kasih masih menjaga perasaan lain,
walau ianya menguris hati,
kasih menanti gembira,
bila gembira akan muncul,
kerna gembira saja yang mampu,
memiliki kasih.
tpi,
gembira terlalu jauh,
kasih,cinta,sedih & kecewa,
sukar disatukan jika tiada perasaan yang suci...
tulah kenangan yang sukar dilupakan..

# hang out with my housemate #

kengkadang kelakar kalau tengok gelagat kami membeli barang dapur..macam2 nak beli padahal,modal ada berapa saja.kenangan kami tak dapat dilupakan.walaupun ianya membawa kegembiraan padahal akhirnya kami bergaduh.mungkin ada hikmah sampai sekarang hubungan kami masih renggang.inilah hasil kenangan yang dapat aku tayangkan :-



memang mereka bertudung,tapi setiap perbuatan mereka terhadap aku melampaui batas..susah sangat ke berhadapan dengan aku sendiri kalau rasa tak puas hati dengan aku?bukan niat nak mengaibkan korang.tapi aku nak cerita hal sebenarnya dekat semua orang.

perempuan yang memakai selendang warna kelabu itu adalah "EIKA".sebenarnya,dia baik tapi dia talam 2 muka,selalu sangat mengadakan cerita yang tak sepatutnya tak ada.memang aku makan hati bila dia kata,biarlah lin nak keluar dari rumah ini.walhal,rumah yang dia didiami itu adalah rumah yang aku cari selama ini bersama rakan ku,fina.tergamak dia kata macam tue dekat aku.

mungkin setiap orang akan melakukan kesilapan.tapi,kelakuan dia terhadap aku..perlukah aku berlembut lagi?aku akui aku manusia yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup aku,tapi,aku tak pernah melakukan sesuatu perkara yang melibatkan perasaan orang lain.

aku tahu mungkin eika kecik hati dengan aku sebab aku mengadu dengan wani pasal anak sedara aku cakap,"asal eika gedik dekat farid".mungkin die terasa sebab tuh.tapi benda tuh bukan aku yang cakap.sapa suruh dia menggedik depan anak buah aku?dah tahu mulut anak buah aku melepas je.

setiap kali aku,wani,dan tasa ajak makan malam,eika selalu sangat bagi alasan,"tak laratlah,lagipun aku dah makan lepas latihan tadi".sapa tak marah?wani sanggup pujuk aku supaya tunggu eika alik rumah,and then dapat makan sama2.tapi,last2 kami bertiga gak.bila kami siap2 nak keluar makan,time tuh lah nak pinjam broadband aku.lepak tol aku di buatnya.nak kedekut,tak sampai hati pula.dengan berat hati.aku bagi saja eika guna broadband aku.

selain itu,permasalahan antara aku dengan tasa pula pasal dia menipu aku.salah ke kalau kita jujur sahaja?tak perlu kita menipu kalau rasa buntu dalam kesempitan masalah kewangan.aku tak marah kalau kau jujur.tapi apa yang kau cakap dekat aku?kau cakap,mak kau tak bagi ikut aku alik kampung halaman aku?tergamak kau menipu aku?sebelum kau beritahu aku,aku tlah mengetahui hal sebenarnya melalui mesej yang kau berikan pada kak long kau.tersentap aku membacanya,rasanya ingin mengalirkan air matanya,tapi,apakan daya.

mungkin silap aku telah memarahi kau depan orang ramai tasa.aku tahu kau malu kerna setiap perkataan aku amat mengayat hati kau.kau silap untuk berlawan dengan aku.kau belum kenal kehidupan aku sebelum kau menjejakkan kaki kau dekat kl niey.

kawan2 aku yang lain tahu siapa aku.tapi,kau berani melawan dan mahu tampar aku?kau tak tahu orang yang kau berdepan pernah berdepan dengan kehidupan liar.sesiapa yang mahu bergaduh dengan aku pun,tahu untuk berfikir menghadap diri dengan aku.lain kali,fikir panjang sebelum bertindak.

salam..........




* saAt dinAnti *

1/9/2011


dimana jua aku berada disitu juga kuargaku ada.. sesungguhnya aku rindukan suasana sebegini. adakah ianyakan berulang seperti ini lagi? betapa bahagianya dapat kumpulkan kuargaku seperti ini..! 


rancangan ini telah diatur oleh aku & ieyra untuk makan malam bersama kuarga tercinta,kengkadang kami ragu-ragu akan rancangan ini kerna bukan mudah nak melembutkan hati ENCIK ARIFFIN. dengan bantuan yang diberikan oleh adik-beradik ku, akhirnya kami dapat makan malam bersama-sama.


tanpa melengahkan masa, kami tlah diperintahkan agar bersiap selepas maghrib. almaklumlah, ENCIK ARIFFIN orangnya tegas & menepati masa yang tlah dia tetapkan lambat 1 minute ibaratkan setengah jam. nasib baik kami bersiap awal. 


walaubagaimanapun, kami sekeluarga bersepakat menghiburkan & melembutkan hati beliau, kengkadang terkilan akan sikap yang dilontarkan olehnya. keegoan seorang bapa yang kami kenal bertahun-tahun tlah mencuri perhatian kami pabila beliau x duduk tentu arah..


bagaimanapun, aku tlah memainkan peranan dengan menghiburkan hati adik-beradik yang terasa akan sikap abah yang x mengerti perasaan anak-anaknya.! aku berfikir sejenak bagaimana perasaan seorang ibu selama ini.. alangkah untungnya dapat isteri seperti ibuku..! setelah kami order makanan yang ingin dijamah setiap orang, hihihihiiii..... sempat kami meriuhkan suasana dengan take picture bersam ahli keluarga..


inilah antara gambar yang dapat kami paparkan:-



~control ayu~

 awek cun yang depan niey sebenarnya IEYRA, anak ponakan aku ...hahaha... kami sebaya & still stdy di melaka & kl... belakang tuh, namanya AISYAH menduduki SPM tahun niey...harap2 sume berjalan dengan lancar.



~pasangan nakal~

nie pasangan memang x boleh bertemu..comfirm bergaduh. tahun niey dieorang pown menduduki SPM. harap-harap dieorang dapat keputusan yang cemerlang.amin..



~terselah kelembutan kami~

kteorang control sebenarnya, almaklumlah nak take picture kan..! sebenarnya x ad mood pown nak bergambar...hhihihihi



~insan yang ku sayangi~

niey adalah ibuku yang paling aku sayangi. xad sapa boleh ganti tempat ibu aku..insan yang susah payah lahirkan aku yang degil nak mampus niey...hihihihihi



~gaduh~

pape je la dieorang niey,nak bergaduh x tentu pasal saja...penat aku tengok dieorang..kahwinkan baru tahu..hihihihiiiii...



~adik beradik~

teramik gambar curi pula,almaklumlah abang uda susah sikit nak amik gambar niey...terpaksalah kami amik senyap-senyap.



~masa nak melantak~

tembolok besar macam niey lah orangnya. kuat makan dia niey,sebab tuh badan dia cepat naik,lainlah aku...kering tol lah bilalah nak gemuk aku pown x taulah...



~dah kebulur~


tiba masa untuk makan beramai-ramai.sempat lagi kami pamerkan makanan yang kami order. inilah gambaran yang dapat kami pamerkan,harap-harap dapat macam niey bila dah tambah ahli kuarga nanti...amin...!

~ i-city ~

disaat aku memerlukan seseorang yang perhatian sama aku, rasanya terlalu ramai mahukan aku.. sesungguhnya aku tlah berusaha menjadi seseorang yang lebih memahami akan setiap pemberian orang lain..!! kengkadang kebaikan orang lain, sukar untuk balas budinya kan.

starting ceritaku niey adalah pengalaman ku pada 7/6/2012 bersama kuargaku. sebenarnya, pada 5/6/2012 adalah anniversery perkahwinan salah seorang daripada kakakku iaitu NORLIAH dengan pasangannya MOHD ASRI kali ke-8. aku terpaksa melewatkan waktu untuk celebrate perkahwinan mereka atas sebab tertentu. ku melihat senyuman yang terukir dari mulut akakku tlah menghiburkan hatiku yang resah di saat memikirkan sesuatu perkara. alangkah gembiranya mereka sekeluarga melihat suasana yang terdapat di i-city, shah alam. pelbagai gelagat yang tlah berlaku di saat kami berada di sana, aku bersama farid sentiasa mengomel nak melakukan sesuatu perkara yang mungkin sukar untuk ku katakan. tidak ku sangka, dalam diam abang iparku memerhatikan gelagat kami yang semakin mesra bagaikan sang kekasih. haha...!! sayangnya hubunganku dengan farid sebatas teman tapi mesra, mungkin cara kami terlalu akrab sampaikan anggapan mereka terlalu memainkan peranan.

semasa perjalanan kami ke i-city, kereta farid mengalami masalah kritikal akan tayarnya yang meletup secara tiba-tiba tlah melambatkan perjalanan. walaubagaimanapun, abang iparku turut membantu farid menukar tayar spare untuk menggantikan tayar yang meletup itu. setelah selesai, kami meneruskan perjalanan. pada mulanya, kami hampir sesat mencari i-city kerna farid terlajak laju memandu kenderaannya. aku tak tahu mengapa aku rasa selesa dengan farid berbanding dengan joe. kengkadang aku terfikir, siapa sebenarnya dihati aku? joe atau farid?

mengimbas semula tentang perbualan antara aku dengan farid ketika aku tengah makan. alangkah terkejutnya bila farid mengatakan sesuatu perkara," i tak suka orang lain sakitkan hati u". ayatnya terlalu mendalam dan banyak isi tersurat & tersirat yang membuatkan diriku tak duduk diam. ku tujukan soalan yang agak kebudakan iaitu,"ish, u niey..macamlah u ada perasaan dekat i, jangan wat lawak k.u suka i ke? ". tanpa melengahkan masa, farid menjawab,"lebih kurang macam tulah". terbeliak mata aku melihat farid sambil menelan nasi goreng yang ku makan sampaikan aku tak dapat kata pape untuk meneruskan perbualan kami. yang dapat lakukan ketika itu adalah tersenyum dengan lebar kerna selama niey tuh la saat2nya aku tunggu. tetapi sayangnya, aku tlah milik orang lain. hatiku berbelah bagi, tak tahu nak pilih yang mana antara farid ataupun joe.. mungkin banyak perbezaan antara mereka.

mungkin ada hikmah ianya berlaku secara mendadak, apakah kesudahan ceritaku niey.....

~ memory ~



andai bumi dapat diundurkan masanya,adakah ianya akan kembali semula kenangan yang tlah lama berlalu? adakah ianya akan menjadi kisah yang paling bermakna dalam hidupku niey.mungkin sukar untuk ku ungkapkan,tapi niey adalah hakikat yang seharusnya aku kenangkan.sesungguhnya aku benar-benar merindukan suasana macam niey lagi,tapi kenapa ianya berakhir sampai sini.

persahabatan kami berakhir apabila kami melangkah pergi di kolej yayasan pelajaran johor.haruskah ianya menjadi kenangan semata-mata,mana letaknya persahabatan yang pernah kita ungkapkan,kemana semua pergi? mungkin benar semua masih melanjutkan pelajaran,tapi itu bukanlah alasan semata-mata. walaubagaimanapun,diantara kami masih lagi contact.

apabila aku terkenangkan kenangan kami,teringat akan pergolakan yang tlah berlaku.aku terlalu merindukan mereka tapi apa yang dapat aku lakukan. terdapat diantara kami bila bertemu kawan baru,lupa kawan lama. lumrah dunia katakan, walaubagaimanapun, aku bersyukur kerna dapat mengharungi kenangan kami sampai ke hari niey, terima kasih kawan kerna pernah hadir dalam kehidupanku niey.